Minggu, 26 Mei 2013

Resepi Seafood Spaghetti–Udang dan Mussels

photo(5)

Penyediaan dan memasak seafood spaghetti atau pasta cukup mudah.  Kita hanya memerlukan beberapa bahan asas sahaja. Resepi yang ditunjukan setanding dengan menu yang disediakan di hotel hotel 5 stars.

Resepi Seafood spaghetti yang mussels dan udang akan memberikan rasa seafood/ makanan laut yang beraroma kerana udang dan mussels mengalakan aroma satu sama lain.  Dalam kata lain, mussels akan meningkatkan aroma dan citarasa udang, dan sebaliknya. Satu kombinasi yang baik.

Seafood Spaghetti – Udang dan Mussels

Bahan bahan

1 botol Pasta sauce (pilihan saya : Classico perasa Roasted Tomato & Garlic)

12-15 New Zealand Mussels

12-15 Udang size L

1 paket Spaghetti No 5 (500gm)

5-6 ulas bawang putih dihiris

Lada hitam

Parmesan cheese

Extra Virgin Olive Oil

1 sudu kecil McCormick Italian Herbs

photo(1)

photo(3)photo(4)

Cara

Masak bawang putih yang sudah dihiris dengan 2 sudu besar minyak olive.

Masuk udang dan mussels, masak selama 2 minit.

Tuang 1 botol sos pasta dan masak sampai mendidih.

Tabur McCormick Italian Herbs

Spaghetti :

photo(2)

Didih air dengan 1 satu sudu garam dalam satu periuk

Masuk 1 paket spaghetti dan gaul supaya tidak melekat

Masak selama 10 – 13 minit

Tos pasta dan campur ke dalam sos pasta yang sudah disediakan.

Gaul sebati dan hidang atas pinggan.

Tabur Parmesan cheese yang telah dihiris dan satu sudu kecil minyak olive untuk meningkatkan rasa.

Tip penting:

Masak spagetti dan sos pasta pada masa yang sama.

Selamat mencuba.

 

Selasa, 07 Februari 2012

Resepi Ikan Bakar (Ikan Sebelah)

Ikan bakar adalah salah satu makanan yang paling enak yang disukai ramai. Pelbagai jenis ikan yang boleh diguna, seperti, ikan kembong, ikan kerisi, ikan pari, tetapi kepada saya, ikan yang paling saya gemari adalah ikan sebelah.

Ini adalah kerana:

1. Daging ikan sebelah memberi rasa manis yang segar. 
2. Tiada bau hanyir.
3. Kulit ikan sebelah memberi satu kerapuhan dan keharuman yang unik
4. Ketebalan daging ikan sebelah, membolehkan jus ikan terperangkap, walaupun sudah dibakar lama, ini akan memberi tekstur yang lembut pada ikan.

ikan bakar

Resepi Ikan Bakar Ikan Sebelah:

Bahan-bahan
1/2 ikan sebelah (600gm)

2 sudu besar HP Worchester sos

2 sudu kecil serbuk goreng maggi

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu kecil tepung jagung

3 sudu besar minyak masak

Cara
Hiris badan ikan berjarak 1 inci, pastikan hirisan tidak terlalu dalam (hanya cukup untuk sos meresap kedalam)

Pastikan ikan kering (guna kitchen towel)

Sapu sos HP Worchester di seluruh badan ikan

Letak 2 sudu kecil serbuk goreng maggi, 1/2 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu kecil tepung jagung ke dalam mangkuk kering.  Gaul sehingga rata.

Salut ikan dengan 1 salutan dengan menggunakan campuran tadi

Panaskan 3 sudu besar minyak masak dalam periuk. 

Masuk ikan ke dalam periuk dan goreng sehingga kulit ikan menjadi satu salutan kering.  Terbalikan ikan dan ulangkan langkah.

Lapiskan tray oven toaster dengan sekeping aluminium foil yang sudah disapu minyak.

Masuk ikan ke dalam oven toaster dan bakar  selama 8 minit

Hidang dengan cincaluk yang sudah ditambah jus limau nipis, bawang dan cili padi.

 

Recepi Sos Cincaluk:

1/2 mangkuk kecil cincaluk

2 Bawang  kecil (dihiris nipis nipis)

1 biji limau nipis (diperah jus)

Cili padi secukup rasa

Cara :

Campur dan gaul sehingga rata bahan bahan tadi.

 

Selamat mencuba.