Ikan bakar adalah salah satu makanan yang paling enak yang disukai ramai. Pelbagai jenis ikan yang boleh diguna, seperti, ikan kembong, ikan kerisi, ikan pari, tetapi kepada saya, ikan yang paling saya gemari adalah ikan sebelah.
Ini adalah kerana:
1. Daging ikan sebelah memberi rasa manis yang segar.
2. Tiada bau hanyir.
3. Kulit ikan sebelah memberi satu kerapuhan dan keharuman yang unik
4. Ketebalan daging ikan sebelah, membolehkan jus ikan terperangkap, walaupun sudah dibakar lama, ini akan memberi tekstur yang lembut pada ikan.
Resepi Ikan Bakar Ikan Sebelah:
Bahan-bahan
1/2 ikan sebelah (600gm)
2 sudu besar HP Worchester sos
2 sudu kecil serbuk goreng maggi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil tepung jagung
3 sudu besar minyak masak
Cara
Hiris badan ikan berjarak 1 inci, pastikan hirisan tidak terlalu dalam (hanya cukup untuk sos meresap kedalam)
Pastikan ikan kering (guna kitchen towel)
Sapu sos HP Worchester di seluruh badan ikan
Letak 2 sudu kecil serbuk goreng maggi, 1/2 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu kecil tepung jagung ke dalam mangkuk kering. Gaul sehingga rata.
Salut ikan dengan 1 salutan dengan menggunakan campuran tadi
Panaskan 3 sudu besar minyak masak dalam periuk.
Masuk ikan ke dalam periuk dan goreng sehingga kulit ikan menjadi satu salutan kering. Terbalikan ikan dan ulangkan langkah.
Lapiskan tray oven toaster dengan sekeping aluminium foil yang sudah disapu minyak.
Masuk ikan ke dalam oven toaster dan bakar selama 8 minit
Hidang dengan cincaluk yang sudah ditambah jus limau nipis, bawang dan cili padi.
Recepi Sos Cincaluk:
1/2 mangkuk kecil cincaluk
2 Bawang kecil (dihiris nipis nipis)
1 biji limau nipis (diperah jus)
Cili padi secukup rasa
Cara :
Campur dan gaul sehingga rata bahan bahan tadi.
Selamat mencuba.